Wednesday, January 14, 2015

Padah Curang !!! Kemaluan Suami Di POTONG dan Di Buang Ikut Tingkap


SEORANG isteri yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali selepas mendapat tahu perbuatan curang lelaki itu.

Media China melaporkan, bapa kepada lima cahaya mata itu, Fan Lung, 32 dikatakan menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21..

Bagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar.

Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang..

Wanita itu terus mencapai gunting dan masuk ke bilik tidur dan menggunting kemaluan suaminya yang ketika itu sedang tidur..

Berikutan kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ berkenaan.

Bagaimanapun, Feng yang masih tidak puas hati dengan suaminya itu memasuki wad yang menempatkan Fan dan bertindak menggunting kemaluan lelaki itu untuk kali kedua, malahan lebih tragis lagi kemaluannya dibuang ke luar tingkap.

Jurucakap hospital itu berkata, pihaknya mengetahui perkara itu apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul sesorang wanita di pekarangan hospital..

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu..

"Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua," katanya..

Berikutan kejadian itu, Feng ditahan polis, manakala usaha polis dan kakitangan hospital mencari kemaluan Fan yang dibuang isterinya tidak berhasil..

Mereka percaya organ itu dimakan anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan itu.


Fan ditemani kekasihnya ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap hospital itu berkata, Fan kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan.

"Dia dalam keadaan stabil tetapi emosinya terganggu," katanya..

Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu.-


Sumber : mStar Online

Tuesday, January 13, 2015

Tipu Suami Sebab Nak Ber4smara Dengan Bangla.

gambar hiasan

Pelik dengan wanita Malaysia. Mudah sangat terpesona dengan lelaki warga Bangladesh...

Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk ber4smara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat...

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan...

Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam. - Sumber

Kecewa Tak Kahwin Lagi Jadi Punca Gadis Terjun Tasik


Shah Alam: Kelibat seorang gadis yang duduk termenung di Tasik Shah Alam, di sini, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjun ke tasik berkenaan, petang semalam..

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 29 tahun dikatakan duduk berseorangan sebelum dilihat berlari ke arah jambatan sebelum terjun ke dalam tasik itu..

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya sebelum terserempak dengan gadis terbabit.

“Saya melihatnya termenung dan seperti gelisah sebelum berlari ke arah jambatan tidak jauh dari situ.

“Saya sempat menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia terjun ke tasik berkenaan,” katanya..

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian jam 3.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian..

“Anggota BBP Shah Alam menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa beberapa minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri..

“Ketika dijumpai mangsa tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya..

Menurut Mohd Khairi, mangsa dikatakan terjun ke tasik berkenaan sebelum dilihat orang awam yang berada di lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat..

“Hasil maklumat yang diterima daripada bapanya, mangsa dikatakan menghadapi kemurungan dan gangguan perasaan sejak beberapa bulan lalu kerana kecewa masih belum berkahwin..

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa,” katanya. - Sumber

Rozana Misbun dikatakan. Lakukan Amalan Khurafat?


Rozana Misbun meninggalkan perkarangan mahkamah selepas sesi perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak kepada suaminya Awie di Kuala Lumpur. Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM.


Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini dikejutkan dengan pendedahan mengatakan isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan pasangan itu..

Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah anak guamnya mempunyai bukti kukuh dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang di sini..

Jelas Mohd Zaidi dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Jais, anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dengan kain dari warna sama...

"Anak guam saya telah menemui sebahagian barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah..

"Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di rumah tamu," katanya..

Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukakan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu..

Pada 21 Julai tahun lalu, Awie berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Dalam pada itu, Mohd Zain dalam penghujahannya turut mendedahkan, Rozana selaku responden dalam kes tersebut telah mengaku kepada suaminya telah menggunakan botox untuk mengubah wajahnya selain memasang susuk untuk tujuan sama..

Perkara itu menurut Awie selaku pemohon dilakukan tanpa kerelaan dan pengetahuannya selaku suami yang sah di sisi syarak..

"Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga..

"Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon," jelasnya lagi.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Rozana iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman terdahulu dalam penghujahannya memberitahu mahkamah alasan dikemukakan pihak pemohon terhadap kes terbabit adalah bersifat masalah di antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak mereka.

Jelas Jamal, dakwaan terhadap Rozana berhubung isu khurafat tidak dapat disahihkan kebenarannya selain melihat isu keterdesakan yang dibuat pemohon terhadap kes itu tidak kukuh.

Malah Jamal turut mempertikaikan tentang manipulasi pemohon yang menggunakan sijil nikah palsu dan menyembunyikan fakta sebenar untuk mendapatkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka.

Mohd Amran bagaimanapun menangguhkan keputusan kes berkenaan pada Rabu.


Sumber : http://malaysiagazette.com

Warga Tua berusia 76 tahun tidak terurus dan berbau NAJIS


Klang – Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus...

“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang menyangka suaminya telah pulang...

Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang datang...

Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya...


“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya...

“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini.

Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan menjaganya juga...

“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi...

Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di Bangi...

Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain...

“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.

“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya...

Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan diri yang sah...

“Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut...

“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal berdua,” ujarnya...


Sumber: http://www.suara.tv

Polis Britain guna kereta F1 sebagai kereta peronda


BIRMINGHAM – Polis Britain memperkenalkan sebuah kereta lumba Formula 1 (F1) yang diubah suai menjadi sebuah kereta peronda bagi menangani masalah pemandu yang gemar memandu laju...

Kereta F1 model Caparo T1 yang mempunyai kelajuan melebihi 322 kilometer sejam itu kini dipamerkan di pameran Sukan Permotoran Antarabangsa di sini kelmarin...

Bagaimanapun, kereta tersebut tidak akan digunakan di jalan raya tetapi dijadikan sebagai salah satu kempen keselamatan jalan raya oleh pihak berkuasa...

Seorang jurucakap polis, Superintendan Paul Kessey berkata, pameran tersebut adalah peluang terbaik kepada pihak polis untuk berhubung dengan golongan yang meminati kereta berprestasi tinggi...

“Golongan ini biasanya sukar untuk berbincang atau berjumpa dengan kami tetapi melalui pameran kami boleh berkongsi mengenai kempen keselamatan jalan raya dengan mereka...

“Mereka yang meminati kereta berprestasi tinggi sudah pasti tidak melepaskan peluang melihat kereta peronda polis ini dan kami akan menggunakan kesempatan itu untuk bergaul dengan mereka,” katanya. – Sumber

Bag Merah Di Hadapan Stesen Minyak Diletupkan Unit Pemusnah Bom


Johor Bahru: Stesen minyak di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Johor di sini menjadi tumpuan selepas pasukan keselamatan termasuk anggota pemusnah bom polis dan anggota bomba dilihat mengawal keadaan sebelum letupan kecil kedengaran kira kira 1.40 petang tadi...

Suasana ketika ini terkawal walaupun letupan berkenaan adalah kali kedua dilakukan oleh pasukan keselamatan selepas letupan kecil pertama pada 1.20 petang tadi untuk memusnahkan beg bewarna merah yang berada di luar stesen minyak berkenaan...

Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi berdepan dengan bangunan City Plaza di sini ditutup bagi lalu lintas namun laluan bertentangan masih dibuka untuk trafik...

Difahamkan pekerja stesen minyak membuat panggilan beberapa jam sebelum letupan memaklumkan mengenai sebuah beg bewarna merah diletakkan seseorang di luar premis...

Petugas media dan orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri lokasi terbabit atas sebab keselamatan selain saksi termasuk pekerja dan pemilik pengusaha minyak enggan memberi sebarang komen..


Sumber:http://www.hmetro.com.my