Wednesday, January 14, 2015

Padah Curang !!! Kemaluan Suami Di POTONG dan Di Buang Ikut Tingkap


SEORANG isteri yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali selepas mendapat tahu perbuatan curang lelaki itu.

Media China melaporkan, bapa kepada lima cahaya mata itu, Fan Lung, 32 dikatakan menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21..

Bagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar.

Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang..

Wanita itu terus mencapai gunting dan masuk ke bilik tidur dan menggunting kemaluan suaminya yang ketika itu sedang tidur..

Berikutan kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ berkenaan.

Bagaimanapun, Feng yang masih tidak puas hati dengan suaminya itu memasuki wad yang menempatkan Fan dan bertindak menggunting kemaluan lelaki itu untuk kali kedua, malahan lebih tragis lagi kemaluannya dibuang ke luar tingkap.

Jurucakap hospital itu berkata, pihaknya mengetahui perkara itu apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul sesorang wanita di pekarangan hospital..

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu..

"Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua," katanya..

Berikutan kejadian itu, Feng ditahan polis, manakala usaha polis dan kakitangan hospital mencari kemaluan Fan yang dibuang isterinya tidak berhasil..

Mereka percaya organ itu dimakan anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan itu.


Fan ditemani kekasihnya ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap hospital itu berkata, Fan kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan.

"Dia dalam keadaan stabil tetapi emosinya terganggu," katanya..

Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu.-


Sumber : mStar Online

Tuesday, January 13, 2015

Tipu Suami Sebab Nak Ber4smara Dengan Bangla.

gambar hiasan

Pelik dengan wanita Malaysia. Mudah sangat terpesona dengan lelaki warga Bangladesh...

Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk ber4smara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat...

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan...

Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam. - Sumber

Kecewa Tak Kahwin Lagi Jadi Punca Gadis Terjun Tasik


Shah Alam: Kelibat seorang gadis yang duduk termenung di Tasik Shah Alam, di sini, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas selepas terjun ke tasik berkenaan, petang semalam..

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 29 tahun dikatakan duduk berseorangan sebelum dilihat berlari ke arah jambatan sebelum terjun ke dalam tasik itu..

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke keretanya sebelum terserempak dengan gadis terbabit.

“Saya melihatnya termenung dan seperti gelisah sebelum berlari ke arah jambatan tidak jauh dari situ.

“Saya sempat menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia terjun ke tasik berkenaan,” katanya..

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian jam 3.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian..

“Anggota BBP Shah Alam menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa beberapa minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri..

“Ketika dijumpai mangsa tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang dipanggil ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya..

Menurut Mohd Khairi, mangsa dikatakan terjun ke tasik berkenaan sebelum dilihat orang awam yang berada di lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat..

“Hasil maklumat yang diterima daripada bapanya, mangsa dikatakan menghadapi kemurungan dan gangguan perasaan sejak beberapa bulan lalu kerana kecewa masih belum berkahwin..

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkuasa,” katanya. - Sumber

Rozana Misbun dikatakan. Lakukan Amalan Khurafat?


Rozana Misbun meninggalkan perkarangan mahkamah selepas sesi perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak kepada suaminya Awie di Kuala Lumpur. Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM.


Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini dikejutkan dengan pendedahan mengatakan isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan pasangan itu..

Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah anak guamnya mempunyai bukti kukuh dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang di sini..

Jelas Mohd Zaidi dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Jais, anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dengan kain dari warna sama...

"Anak guam saya telah menemui sebahagian barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah..

"Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di rumah tamu," katanya..

Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukakan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu..

Pada 21 Julai tahun lalu, Awie berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Dalam pada itu, Mohd Zain dalam penghujahannya turut mendedahkan, Rozana selaku responden dalam kes tersebut telah mengaku kepada suaminya telah menggunakan botox untuk mengubah wajahnya selain memasang susuk untuk tujuan sama..

Perkara itu menurut Awie selaku pemohon dilakukan tanpa kerelaan dan pengetahuannya selaku suami yang sah di sisi syarak..

"Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan membelanjakan wang simpanan pemohon yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga..

"Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon," jelasnya lagi.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Rozana iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman terdahulu dalam penghujahannya memberitahu mahkamah alasan dikemukakan pihak pemohon terhadap kes terbabit adalah bersifat masalah di antara suami isteri yang tidak melibatkan kebajikan anak-anak mereka.

Jelas Jamal, dakwaan terhadap Rozana berhubung isu khurafat tidak dapat disahihkan kebenarannya selain melihat isu keterdesakan yang dibuat pemohon terhadap kes itu tidak kukuh.

Malah Jamal turut mempertikaikan tentang manipulasi pemohon yang menggunakan sijil nikah palsu dan menyembunyikan fakta sebenar untuk mendapatkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka.

Mohd Amran bagaimanapun menangguhkan keputusan kes berkenaan pada Rabu.


Sumber : http://malaysiagazette.com

Warga Tua berusia 76 tahun tidak terurus dan berbau NAJIS


Klang – Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus...

“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang menyangka suaminya telah pulang...

Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang datang...

Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya...


“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya...

“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini.

Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan menjaganya juga...

“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi...

Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di Bangi...

Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain...

“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.

“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya...

Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan diri yang sah...

“Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut...

“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal berdua,” ujarnya...


Sumber: http://www.suara.tv

Polis Britain guna kereta F1 sebagai kereta peronda


BIRMINGHAM – Polis Britain memperkenalkan sebuah kereta lumba Formula 1 (F1) yang diubah suai menjadi sebuah kereta peronda bagi menangani masalah pemandu yang gemar memandu laju...

Kereta F1 model Caparo T1 yang mempunyai kelajuan melebihi 322 kilometer sejam itu kini dipamerkan di pameran Sukan Permotoran Antarabangsa di sini kelmarin...

Bagaimanapun, kereta tersebut tidak akan digunakan di jalan raya tetapi dijadikan sebagai salah satu kempen keselamatan jalan raya oleh pihak berkuasa...

Seorang jurucakap polis, Superintendan Paul Kessey berkata, pameran tersebut adalah peluang terbaik kepada pihak polis untuk berhubung dengan golongan yang meminati kereta berprestasi tinggi...

“Golongan ini biasanya sukar untuk berbincang atau berjumpa dengan kami tetapi melalui pameran kami boleh berkongsi mengenai kempen keselamatan jalan raya dengan mereka...

“Mereka yang meminati kereta berprestasi tinggi sudah pasti tidak melepaskan peluang melihat kereta peronda polis ini dan kami akan menggunakan kesempatan itu untuk bergaul dengan mereka,” katanya. – Sumber

Bag Merah Di Hadapan Stesen Minyak Diletupkan Unit Pemusnah Bom


Johor Bahru: Stesen minyak di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Johor di sini menjadi tumpuan selepas pasukan keselamatan termasuk anggota pemusnah bom polis dan anggota bomba dilihat mengawal keadaan sebelum letupan kecil kedengaran kira kira 1.40 petang tadi...

Suasana ketika ini terkawal walaupun letupan berkenaan adalah kali kedua dilakukan oleh pasukan keselamatan selepas letupan kecil pertama pada 1.20 petang tadi untuk memusnahkan beg bewarna merah yang berada di luar stesen minyak berkenaan...

Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi berdepan dengan bangunan City Plaza di sini ditutup bagi lalu lintas namun laluan bertentangan masih dibuka untuk trafik...

Difahamkan pekerja stesen minyak membuat panggilan beberapa jam sebelum letupan memaklumkan mengenai sebuah beg bewarna merah diletakkan seseorang di luar premis...

Petugas media dan orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri lokasi terbabit atas sebab keselamatan selain saksi termasuk pekerja dan pemilik pengusaha minyak enggan memberi sebarang komen..


Sumber:http://www.hmetro.com.my

Monday, January 12, 2015

Ugut Santau "Ratah" Teman Wanita


KLANG - Bimbang dengan ugutan kononnya dia akan disantau sekiranya enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan diri ‘diratah’ teman lelakinya sehingga mengandung dalam kejadian pada Jun tahun lalu...

Menurut sumber, mangsa, 16, dikatakan mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu melalui aplikasi WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu...

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan...

“Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau...

“Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya..

Sumber itu berkata, sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan...

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Sumber

Cerita Sebenar di Sebalik Beg Kotak Pelajar Sekolah ini..


KUALA LUMPUR: Dek kerana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini, satu gambar seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak yang menjadi viral di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp baru-baru ini di salah ertikan...


Gambar murid itu disalah ertikan dengan mengatakan murid tersebut adalah salah seorang mangsa banjir yang berada dalam kesimpitan sehingga terpaksa menjadikan kotak air minuman sebagai beg sekolahnya. Lebih dasyat lagi, ada yang mengaitkan gambar terbabit dengan kelemahan pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir...

Tetapi seorang pengguna Facebook, Rozali Salleh, tampil memberikan kisah sebenar disebalik gambar tersebut. Menurut Rozali Salleh, gambar itu sebenarnya diambil pada hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah di Sabah. Pada hari tersebut, pihak sekolah mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Murid yang membawa beg kotak itu sebenarnya menggunakan kreativitinya untuk membawa stok susu terbabit dengan menjadikannya sebuah beg dengan menggunakan tali rafia...

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya...

Apa-apa pun kudos kepada adik ini kerana tersangat kreatif. Walaupun masih kecil, adik ini sudah menunjukkan kemampuannya berfikir di luar kotak...

Sumber : - Siakapkeli.com.my

PANAS !!! Kenyataan bekas Mufti Perlis dikecaman komuniti siber


Kenyataan bekas Mufti Perlis di laman sosial Instagram yang membuat perbandingan gambar Sami Buddha dengan umat Islam, mendapat kecaman komuniti siber...

Dr Maza didalam statusnya menyebut, "jangan malukan masjid kita".., dipercayai merujuk kepada perbuatan umat Islam yang tidak menyusun selipar sewaktu bersolat...

Akibat dari status berkenaan, seorang pengguna media sosial membidas kenyataan bekas Mufti Perlis tersebut dengan menyatakan bahawa Allah tidak melihat pada susunan selipar, tetapi pada tauhid umat Islam...

Abdul Rahman juga mempersoalkan mengapa Dr Maza tidak membandingkan puasa Sami Buddha dengan puasa Umat Islam - SUMBER

GEMPAR!! (5 GAMBAR) Jet Peribadi Dengan Jalur Gemilang Di Israel Sebenarnya Milik Siapa ???

Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas...

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian...


Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel...


Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang...

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com...

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang...



Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya...

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel...



Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010. – MYNEWSHUB

Ramakan Kotak Hitam QZ8501, Penyiasat KNKT Menggigil


Pangkalan Bun: “Mendengar rakaman dari kotak hitam pesawat bukan hal yang mudah seperti mendengar muzik atau perbincangan biasa. Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT) memerlukan mental yang kuat untuk melakukannya,” akui penyiasat KNKT, Nurcahyo Utomo...

Menurutnya, pihaknya mendengar detik terakhir sebelum mangsa menemui ajal...

“Itu bukan mudah dan amat mengganggu jiwa,” katanya...

Katanya, kali ini perasaan itu bertambah apabila perlu mendengar percakapan juruterbang AirAsia Indonesia QZ8501 berikutan Indriyanto adalah seniornya dan arwah yang mengajarnya untuk terbang...

“Ini tugas yang sangat berat meskipun sudah terbabit dalam kerja ini sejak tahun 1997. Dia yang mengajar saya untuk terbang dan tidak dapat dibayangkan, saya harus mendengar percakapan terakhir dia,” katanya...

Pengalaman mendengar rakaman kotak hitam bukan saja mengganggu dirinya, malah sering diungkapkan penyiasat lain yang mengalami gangguan sebaik mendengar suara dalam kotak hitam itu...

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Manusia Burung Hantu!!! Kepala Boleh dipusing 360° (Gambar & Video)


Mampukah anda memusingkan kepala 360° darjah? Secara logiknya, komuniti sains menyangkal perbuatan itu kerana manusia tidak berupaya untuk melakukannya.

Martin Laurello Namun, mengikut beberapa rekod yang ditemui di Amerika Syarikat menunjukkan, pada tahun 1921, seorang lelaki bernama Martin Laurello mampu melakukannya.


Kelebihan yang dimilikinya menyebabkan dia digelar manusia burung hantu.Dia dilahirkan di Nuremburg, Jerman pada tahun 1886 dengan nama Martin Emmerling.

Dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dan membuat penampilan melalui beberapa pertunjukan di Coney Island sebelum bekerja dengan Rigling Bros dan pertunjukan Barnum & Baileys.


Selepas itu dia ditawarkan jawatan di Royal American Shows milik Dick Best.

Saksikan videonya dibawah;

Sumber : Sentiasapanas.com 

(2 Gambar) Anak Celaka !!! Kikis Duit Bapa Sampai Licin


Anak Celaka Tipu Harta Bapak Hingga Licin (2 Gambar) | Melaka: Mempunyai anak yang ramai kini bukan lagi tiket bagi seorang bapa untuk hidup bahagia di usia emas apatah lagi merasai kehidupan serba mewah.

Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang warga emas yang menghidap angin ahmar, Daut @ Kasim Jali, 81, yang terpaksa bekerja sendiri demi menyara kehidupan serta rawatan kesihatan setelah dipinggir tujuh anak kandungnya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Daut yang dahulunya mewah sebagai pengusaha tiga stesen minyak serta dua ladang sawit dan ternakan ayam masing-masing berkeluasan 2.02 hektar sekitar Melaka, kini ibarat kais pagi makan pagi apabila wang simpanannya serta deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM900,000 turut lenyap akibat ditipu oleh anak kandungnya sendiri.

Menurut Daut, aset yang bernilai lebih RM4 juta itu telah diagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan secara berperingkat sejak tahun 70-an.



“Saya usahakan semua sejak berpuluh tahun namun, akhirnya saya tidak mendapat apa-apa.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya malah, nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya dengan pendapatan yang tidak seberapa sedangkan kos rawatan kesihatan tinggi.

“Saya terpaksa bekerja bersama rakan kongsi dengan menyewa tapak reban ayam di Rembau, Negeri Sembilan walaupun sakit, demi menampung perbelanjaan,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) negeri, Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini hari ini...

Turut hadir, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin dan Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya, Sofiah Ngah, 77...

Kata Daut, ketika dalam keadaan sakit dan tidak berfikiran waras, dia telah diperdaya oleh salah seorang anaknya dengan menukar segala hak milik pegagngan saham syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise ke atas nama anaknya itu.

Ini termasuklah ladang ternakan ayam daging, sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000 serta akaun simpanan semasa syarikat itu bernilai RM100,000.

Selain itu, Daut turut kehilangan deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000.

Kata Daut, kini dia hidup menumpang kasih dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Rokiah, 63, serta tujuh anak tirinya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut berkata, dia kini menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 daripada anak-anaknya selain hasil perniagaan ladang ayam yang dikira dari jumlah anak ayam yang masuk ke reban, hasil pendapatan kelapa sawit (RM1,500) setiap kali tuaian serta setengah daripada hasil jualan rumah di Kuala Lumpur...

Dalam pada itu, Adli berkata, kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 20 Januari ini pukul 9 pagi..

Saturday, January 10, 2015

Gambar & Video : Artis Kpop Cium dna Peluk Gadis Bertudung Dapat Kritikan Teruk Dari Masyarakat


Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut...

Difahamkan,  gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER...

Jika dilihat pada Twitter, aksi tersebut telah mendatangkan respon yang negatif dari netizens. Ramai yang melihat aksi itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu gadis bertudung tersebut dan juga artis Kpop itu...

Berikut adalah gambar-gambar yang tersebar di Internet yang mencetuskan perdebatan mengenai perkara ini...

Rasanya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia. Bukan apa, tapi, kegilaan terhadap Kpop dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan muda-mudi Malaysia terutamanya golongan wanita.. - Sumber

lahirkan Bayi Hodoh ....Suami Saman Isteri


Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’...

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel..

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian...

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut...

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan...

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin...

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya...

Sumber : potpetaje.blogspot.com

10 Sebab Kenapa Janda Menjadi Tarikan Kepada Lelaki


Janda merupakan seorang wanita yang pernah berkahwin. Janda boleh dibahagikan kepada dua.. satu, wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia. Dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan bekas suaminya...

Janda, sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin. Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Nah, 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda....


1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda pandai menggoda

2). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda sudah sedia

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda senang kira

4). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda mudah mesra

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda pandai menggula

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda pandai menjaga

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda pandai bekerja

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda tahu semua benda

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
            Kerana janda senyumnya manja

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
             Kerana janda kurang belanja

Haaaa… dalam gurau ada sendu, dalam sendu ada tawa.. Jangan salah anggap dengan mereka yang berstatus janda. Okeh semua...

Rakyat Singapore Report Nasi Goreng Di JB Terlalu Pedas

Rakyat Singapore Report Polis Nasi Goreng Terlalu Pedas di JB | Kebiasaannya kita mendengar orang awam membuat pelbagai laporan polis mengenai jenayah, gangguan di tempat kediaman dan sebagainya.

Gambar Hiasan

Namun kali ini berbeza bilamana seorang lelaki cina yang bernama Lau Thiam Huat, 60, warganegara Singapura telah membuat laporan polis hanya kerana nasi gorengnya terlampau pedas!

Berikut laporan polis yang dibuat oleh beliau:

Pada 30/04/2014 jam 9.00 malam saya telah pergi makan di kedai makanan (nama tak pasti) di Jalan Bukit Timbalan J/Bahru. Setelah itu saya telah membuat pesanan makanan iaitu nasi goreng kampung dan minum air suam. Kemudian setelah saya memakan nasi goreng kampung tersebut, saya telah dapati nasi goreng tersebut panas dan rasa begitu pedas. Sehingga ke hari ini saya masih rasa pedas nasi goreng kampung yang telah dimakan semalam...


Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak. Tujuan laporan ini dbuat adalah kerana tidak berpuas hati terhadap makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. Sekian laporan saya...

Sumber: http://apahell.blogspot.com/